Thursday, 24 October 2013

Tiba-tiba (Twitter)

Tiba-tiba,
Semua mahu jadi penghukum.

Tiba-tiba,
Semua mahu jadi pembela.

Tiba-tiba,
Semua mahu jadi penghibur.

Tiba-tiba,
Semua mahu berpuisi.

Tiba-tiba,
Semua mahu jadi pakar ekonomi.

Tiba-tiba,
Semua mahu berlagak pandai.

Tiba-tiba,
Semua mahu jadi ahli agama.

Tiba-tiba,
Semua mahu jadi pembohong.

Friday, 31 May 2013

Benci

Shah terbaring di katil hospital. Dia kembali mengingat apa yang telah dia lakukan sehingga Tuhan Yang Esa menimpakan bala terhadapa dirinya.

***
"AKU BENCI SAMA PONDAN ! PONDAN BABI !" kata Shah. Kuat dan lantang. Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba sahaja. Padahal waktu itu dia sedang belajar di mejanya.

"Eh, kau ni kenapa ? Kalau betul pun kau bencikan pondan, apa pulaklah kau nak salahkan binatang babi 
tu ? Kesian binatang tu tau" kata Haris, teman sebilik Shah di kolej. Haris menggelengkan kepalanya. Esok ada exam, budak ni tiba-tiba aje menjerit mencarut bagai. Ada penyakit mental ke ?

"Aku tak tau lah, Haris. Aku benci sangat pada pondan. Apa mereka tak boleh terima ke diri mereka sebagai lelaki ? Apa mereka tak bangga menjadi lelaki ?" Shah berhenti belajar, menoleh pandangannya pada Haris.

Haris menghela nafas panjang. Dia meletakkan buku Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara. Berhenti membaca. Fokus kepada Shah.

"Kita ni Shah..... Kita ni tak boleh benci pada pendosa. Tak patut. Yang kita patut benci ialah benci pada dosanya. Bukan pendosa" kata Haris. Berkata-kata tentang dosa dan pendosa dengan hanya memakai boxer. Tak pakai baju, tak pakai seluar.

Shah gelak besar. Kelakar sangat bagi dia si Haris yang hanya ber-boxer bercakap pasal dosa, Sungguh ironi.


Haris mengeluh. Kita perlu pandang apa yang seseorang itu cuba katakan, bukan memandang orang itu. Haris sambung membaca. Malas hendak melayan Shah yang degil tu.

***
Satu tumbukan padu dilepaskannya mengenai muka orang itu. Orang itu jatuh terduduk. Sungguh padu dan ikhlas tumbukan itu. Berdarah. Mulut Zetty berdarah. 

"Woi pondan ! Nama kau tu Izzat bukan Zetty lah bangsat !" selamba sahaja Shah mencarut, memaki hamun di kaki lima tepi dewan kuliah itu. Bencinya pada pondan bukan kepalang. Orang ramai berkumpul mengililingi mereka berdua. Izzat berdiri tegak, gaya Cristiano Ronaldo hendak mengambil sepakan percuma dalam perlawanan bola sepak. Kemudian, Shah berlari ke arah Zetty, betul-betul hendak memberi sepakan percuma kepada Zetty. Zetty pejam mata. Takut.

Cristiano Ronaldo berdiri gaya hendak mengambil sepakan percuma
Laju Haris datang mendakap tubuh Shah yang sudah naik gila itu. Nasib. Nasib baik Haris sempat menghalang sebelum Shah memberikan sepakan percuma pada Zetty.

"Lepaskan aku, Haris ! Biar aku ajar pondan durjana ini !"
"Sudahlah, Shah. Dia tak kacau kau pun"

Shah diam. Fikir. Ya, memang Zetty tidak pernah kacau Shah.

"Apa yang korang tengok lagi ? Pergi hantar budak tu ke klinik ! Tak nampak ke budak tu bleeding ?" Haris mengarahkan orang ramai membawa Zetty ke klinik. 2 orang memapah Zetty untuk ke klinik. Orang ramai beransur-ansur meninggalkan tempat kejadian.

***
Kereta Myvi berwarna hitam melucur laju di jalan raya. Malam. Hujan semakin lebat. Jalan menjadi licin. Shah tidak hirau, dia tetap menekan pedal minyak semana yang dia boleh tekan. Dalam fikirannya, dia hanya ingin cepat balik ke rumah.

Sampai di satu simpang, dia terus menekan pedalnya minyak. Meluncur laju. Membelah hujan.

HONNNNNNNNNN !!

***
Kepala Shah sakit mengingati peristiwa itu. Ya, mungkin Tuhan ingin memberi pengajaran, tak adil untuk dia menghukum pendosa.

P/S: Jangan benci pondan, nanti accident







Sunday, 14 April 2013

Gua Sebotol Kicap

 Nama gua Jalen. Gua sebotol kicap. Gua dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di sebuah daerah yang agak hebat. Daerah tersebut hebat kerana adanya kilang-kilang memproses seperti kilang kicap dan kilang memproses makanan ringan. Ya, di kilang yang serba canggih itu, gua dilahirkan.

 Setelah gua siap dilahirkan (menjadi sebotol kicap), gua pun disusun bersama-sama kicap-kicap yang lain. Kami sempat berkenalan di dalam sebuah kotak dimana kami disusunkan.
Inilah gua. Handsome kan ?

"Nama engko siapa ?"
"Nama gua Jalen. Jalen Todak"
"KAHKAHKAH "mereka ketawa beramai-ramai.
" Nama aku Tamin. Aku sebotol kicap. Ni aku nak tanya sikit, mende mende lah engko ni , dah lah kicap, nak jadi todak pulak ? Tak paham aku"
"Nama Todak buat gua nampak gangster"
"Oh , gangster ya ? Nah !" sebiji tumbukan yang padu di tujukan pada gua.
 Gua balas tumbukan itu. Lalu, bermacam-macam jenis kicap membelasah gua. Ya, gua kena titik.
Habis satu badan gua hitam lebam sehitam daki manusia.
"Ok, ok. Gua mintak maaf. Nama gua Jalen. Gua sebotol kicap"
"Haa.Mengaku pun diri tu kicap, kan bagus macam ni" kata mereka secara beramai-ramai.
Sejak hari itu, kami menjadi kawan rapat.

Beberapa hari setelah disusun di dalam kotak itu, kami kemudiannya di hantar pergi ke sebuah kedai runcit dengan menaiki lori.

"Woi, Tamin, Kipas Udang. Engkorang rasa best tak kedai runcit tu nanti ?" soalku.
"Eh mestilah best ! Ada aweks jajan tu !"jawab Tamin.
"Aweks jajan ?"
"Ya lah aweks jajan yang cun-melecun dari kilang jajan tu"
"Bestnya ! Bolehlah aku mengurat aweks aweks tersebut !"
"Mestilah best"

Lalu, kami pun sampailah ke destinasi. Kami dibawa masuk ke dalam kedai runcit, tuan punya kedai runcit memeriksa kertas itu dan ini. Apa yang mereka periksa, mungkin jumlah barangan yang telah selamat sampai ke kedai runcit ini atau entahlah. gua sendiri kurang pasti, gua bukan peniaga, gua sebotol kicap !

Ah! Itu semua tidak penting ! Yang penting gua hendak bertemu aweks jajan yang digembar-gemburkan itu.
Setelah pemilik kedai runcit itu memeriksa kertas-kertas itu, dia pun menyusun kami di kedai runcitnya. Jadi, jenis kicap seperti kami ini dia letakkan dan disusun di satu bahagian barangan seasoning. Di situ kami pula bertemu dengan banyak rakan lain. Ada Encik Garam, Cik Gula, Bro Rempah Adabi dan lain-lain lagi (semput juga jika hendak menyatakan nama seorang demi seorang di sini).

Ya, cepat sahaja kami berkenalan, maklum sahaja, kaum kicap seperti kami ini memang peramah. Kahkahkah. Memuji kaum kicap pula gua ini.

Rakan-rakan baru kami ini pun apa kurangnya, peramah juga. Ya lah walaupun kami masih baru di kedai runcit, mereka telah menganggap kami sebagai sahabat yang mereka telah lama kenal. Mereka layan kami dengan sebaik-baik layanan ! Mereka juga ada memberitahu yang Pak Kassim gemar menggaru punggung. Jadi mereka menasihati kami supaya berhati-hati. Eh, nanti dulu, rasanya Pak Kassim baru sahaja menyusun kami di sini. Err.. mungkin Pak Kassim sudah mencuci tangan sebelum menyusun kami. Mungkin

Setelah keadaan menjadi awkward sebentar, tiba-tiba aku teringat sesuatu.
"Oh, ya, Tamin, Kipas Udang dan rakan-rakan kicapku yang lain. Engkorang kata ada aweks jajan di kedai runcit ? Mananya ?"
"Kahkahkah. Mananya apa Jalen oi. Tu ha depan mata engko" jawab Kipas Udang.

Gua pun apa lagi cuba memerhati item-item di hadapan gua dengan rakusnya. Gua perhati, ada lah juga gua perhati sampai 2 jam.
Ya, setelah 2 jam itu baru gua nampak ! Wah ! Ramainya aweks ! Ya ! Mereka semua spesis jajan ! Aweks jajan ! Wah, makin teruja pula gua ini.

Dalam banyak-banyak aweks jajan itu, hanya satu yang betul-betul menarik perhatian gua. Ya, betul hanya satu. Wajahnya, menarik. Gayanya lemah lembut. Warnanya, sungguh striking ! Warna jingga ! Bajunya paling aku suka, ada gambar kartun angkasawan yang comel ! Gua terpukau dengan aweks jajan seorang ini. Ah, sudah !  Inikah cinta pandang pertama ? Tak sangka gua boleh jatuh cinta awal-awal macam ni ! Cis, bedebah kau diri sendiri ! Pandai pula jatuh cinta pandang pertama.

Lagu jiwang mula kedengaran di corong radio Pak Kassim si penggaru punggung itu. Ah, Pak Kassim ini tahu tahu sahaja aku sedang jatuh cinta pandang pertama. Sesuai benar lagu Marry You nanyian Bruno Mars pada waktu itu. Tak kusangka Pak Kassim si penggaru punggung itu layan lagu orang putih ni.
Beginilah rupa aweks tersebut. Menawan bukan ?


Gua jadi malu pula secara tiba-tiba. Yalah, sebelum ini mana pernah berhadapan dengan aweks. Apa tah lagi untuk bercinta dengan seorang aweks. Jadi gua rasa malu, segan. Cis, muka sahaja handsome, tapi pemalu. Eh, salah ke muka handsome ni jadi pemalu ?

Tiba-tiba badan gua terangkat
"Pak Cik Kassim, kicap Jalen ini berapa ?"badan gua diletakkan di kaunter pembayaran kedai runcit ini.
"Empat ringgit dua puluh sen, nak" jawab Pak Kassim.

Gua terkejut sebentar. Ya, sebentar sahaja. Cepat gua tersedar. Gua sebotol kicap, mana layak bercinta. Bakti gua pada manusia, memberi makan cecair hitam dalam diri gua ini sehingga gua tak diperlukan lagi.

Gua sebotol kicap, tak layak bercinta.















Saturday, 26 January 2013

Poyolah engko

        Malam itu agak dingin. Angin kipas bilikku di kolej bertiup hingga ke tulang sum-sum. Aku keseorangan di bilik itu. Rakan sebilikku yang sedari tadi keluar tidak pulang lagi ke kolej. Tiba-tiba aku mendengar sesuatu yang aneh. "Cing! Cing! Cing!" bunyinya. Seram ? Gusar ? Takut ?

        Tidak. Diriku berang. Berang kerana apa ? Kerana bunyi itu telah mengganggu kosentrasi aku untuk melayari internet. Bunyi yang aneh dan menjengkelkan itu rupanya datang dari salah satu lampu dibilikku. Lampu itu kelihatannya berkelip-kelip, tidak menyala seperti biasa. "Huh, kalau orang lain, pasti sudah takut keseorangan bertemankan lampu yang tidak normal ini" kata hatiku dengan angkuh dan gagah.

        Aku bangun dari tempat duduk dengan perasaan yang angkuh dan gagah, untuk memetulkan lampu itu. Maklumlah, aku pelajar jurusan kejuruteraan elektrik, hal yang kecil begini bagai memakan kacang sahaja bagiku. Amboi, begitu angkuh fikiranku masa itu.

        Aku menolak kerusi pergi berdekatan dengan lampu rosak itu. Maklumlah, lampu itu tinggi letaknya. Mustahil bagiku untuk mencapai dan membaikinya tanpa bantuan kerusi. Lalu, dengan perasaan yang glamour dan cemerlang, aku menaiki kerusi dan mencapai lampu itu.

       Aku membuka tiub lampu itu perlahan-lahan, lalu aku masukkan semula tiub itu. Tidak, lampu itu masih tidak menyala secara normal. Lampu itu masih berkelip-kelip ! Hatiku bertambah berang ! Tetapi, hanya hatiku yang berang, diriku masih relax dan hebat.

       Aku mencuba memusing-musingkan tiub lampu itu. Aku terus memusingkannya sehinggalah pada satu saat di mana diriku ini berputus asa. Lampu itu masih juga tiada menyalanya secara normal. Lalu, aku terdengar suatu bisikan. Aku cuba mendengar sebaik yang mungkin.

      "Poyolah engko" bisik hatiku. Baru kusedari, diri ini sememangnya poyo dan acah-acah hebat. Aku turun dari kerusi dan memadamkan suis lampu itu. Aku kembali ke hadapan komputer, kembali melayari internet.