Monday, 31 December 2012

Life Goes On

So hari ni hari last dalam tahun 2012. So, what's so special ? Sebab esok bermulanya hari baru dalam tahun yang baru ? Ah ! I don't feel it dude ! Tahun Baru ? Tahun Baru di kalendar ?

Oh, dulu masa gua sekolah dulu, engkorang tau aku suka bulan apa ? Disember dude. Disember. Bulan 12. Holiday yang sejati ialah pada bulan 12 . Pergh masa tu, bulan 12 lah bulan yang paling gua nantikan. Tak ada sekolah, tak ada sekolah dan tak ada sekolah ! The whole December, tak ada sekoah ! Sebab tu gua panggil bulan 12 sebagai holiday yang sejati.

Tapi sekarang dah berubah, gua dah 18, belajar dekat U, bukan dekat sekolah lagi. Bila belajar dekat U ni, bulan 12 bukan lagi holiday yang sejati. Bulan 12 sama saja macam bulan-bulan yang lain, bangun awal pagi, datang kelas, belajar, assignments, homework. Ya, bulan yang normal, tak ada yang spesial pun.

Jadi bila sampai ke penghujung bulan yang pernah aku cinta ni, dia orang semua sibuk cakap pasal tahun baru.

Masa sekolah dulu, tahun baru gua bermaksud tahun yang baru untuk sesi persekolahan. Yeah, selepas tamatnya, sesi holiday yang sejati pada bulan 12, maka pada bulan 1 pula ialah sesi persekolahan pada tahun yang baru. Bila nak dekat tahun baru ni, sibuklah kita nak beli barang-barang sekolah. Kasut sekolah, baju sekolah, seluar sekolah, pensel sekolah, pen sekolah dan macam-macam lagilah untuk persiapan sekolah.

Tapi sekarang dah berubah, gua dah 18, belajar di U, bukan di sekolah lagi. Belajar di U ni gua dah tak rasa tahun baru kalendar Masihi tu. Semester baru dah mula pun sebelum tahun baru kalendar masihi tu. Tak ada yang spesial. Semua normal, tak ada shopping untuk tahun baru, tak ada kasut baru, tak ada baju baru, tak ada pensel baru. Tak ada.

Even if I hate it but... This is life, it's goes on.

Saturday, 8 December 2012

Gua Sebagai Tourist Guide

Cuaca pada petang itu sungguh baik. Gua dengan handsomenya turun dari bas Tanjong Malim-Kuala Lumpur itu. Pasar Seni. Akhirnya gua sampai di Pasar Seni. Petang itu gua harus pulang ke kolej. Ya, gua perlu menaiki LRT untuk ke destinasi.

Lepas gua turun dari bas, gua segera pergi ke stesyen LRT Pasar Seni untuk mendapatkan tren ke Masjid Jamek. Sedang dalam perjalanan menuju ke stesyen itu, gua teringat sesuatu. Serasa gua, mak gua pernah cakap yang Pasar Seni tu dekat aje dengan Masjid Jamek, jalan kaki pun boleh.

Tapi gua tak tau jalan nak pergi Masjid Jamek tu. Yang gua tau, naik aje tren , sampailah Masjid Jamek. Walaupun gua tak tau jalan, gua dengan machonya tetap berjalan kaki untuk ke Masjid Jamek. Gua dengan bangang dan berlagaknya tak nak tanya jalan untuk ke Masjid Jamek. Ya, gua tau gua awesome, sebab tu gua taknak tanya.

Dengan handsomenya gua berjalan. Penuh yakin. Menuju ke Masjid Jamek.

Setelah beberapa langkah gua berjalan mengikut hati yang suci murni ini, gua disapa oleh satu suara.

"Hello, can you tell me where is National Mousque ?" aweks omputih berbaju t-shirt lengan pendek dan berseluar pendek hingga menampakkan pehanya yang besar dan gebu bertanyakan gua. Sungguh seksi dan seksa. Bersamanya seorang lagi aweks omputeh berpakaian sama. Mungkin kawannya.

Saat itu gua tahu. Gua tahu dia dan kawannya cuba mengurat gua ! Cis ! Ini yang gua tak suka ni ! Gua paling pantang kalau ada orang mengurat gua !

Tapi gua relax, gua tahu kemarahan tidak menyelesaikan apa-apa.

"Sorry, I don't know" dengan relax nya gua menjawab persoalan aweks tadi sambil tersenyum. Secara tidak langsung gua menolak penguratan aweks aweks tadi. Dda dengan handsomenya gua teruskan perjalanan, meninggalkan aweks aweks tadi. Huh, lain kali jangan cuba nak mengurat gua lagi.

Setelah beberapa langkah menuju ke Masjid Jamek (walaupun gua tak tau jalan nak pergi Masjid jamek), gua disapa lagi. Banyak betul yang rajin menyapa gua hari itu.Kali ini gua disapa oleh seorang foreigner yang berhijab. Sempurna menutup auratnya pada pandangan gua. Dia bersama ramai lagi pelancong asing. Keluarganya mungkin.

"Can you tell me where is the Central Market ?" wanita yang agak berusia itu bertanya.

Saat itu gua tahu yang dia tidak berniat untuk mengurat gua. Hati gua senang. Lalu dengan muka yang tersenyum gua menjawab "Yes. This way"  sambil gua berjalan menunjukkan tempat itu kepada mereka.

Setelah mereka berterima kasih dan gua membalas kasih mereka, gua pun meneruskan perjalanan gua. Handsome jugak perangai gua pada pelancong luar ni.

Perjalanan ke Masjid Jamek gua teruskan dengan menaiki LRT. Yalah, kalau gua terus jalan kaki nanti sesat pulak sebab tak tau jalan.

P/S: Mana gua tahu jalan-jalan kat KL ni. Nasib aje gua tahu Central Market tu






Thursday, 6 December 2012

Tamadun

Jam menunjukkan pukul 9.30 pagi, pensyarah yang ditunggu sampai dengan jayanya. Pagi itu, kelas TITAS. Tamadun Islam dan Tamadun Asia.

Pensyarah memulakan syarahannya dengan memperkenalkan subjek ini. Beliau menceritakan bahawasanya subjek TITAS ini tidaklah sama dengan subjek sejarah. Tapi bagi diriku ini, sama sahajalah sejarah dan TITAS ini, masing-masing perlu menghafal ! Diri ini ingin membantah kata-kata pensyarah itu, namun dengan sifat pencinta yang sejati, aku hanya simpankan bantahan itu di dalam hati.

Syarahan diteruskan dengan tajuk Pengenalan Ilmu Ketamadunan. Dalam tajuk ini, definisi "Tamadun" itu sendiri sudah boleh memenuhkan 10 muka surat buku TITAS itu. Hatiku tabah.

Aku tertarik pada syarahannya yang menceritakan definisi tamadun mengikut perspektif sarjana Muslim. Menurut pandangan sarjana Muslim, tamadun tidak hanya berdasarkan pencapaian lahiriah, tamadun juga dicapai apabila masyarakat memiliki nilai-nilai akhlak insaniah dan mempunyai kemajuan pemikiran. maka, ketiga-tiga aspek inilah yang menggambarkan erti sebenar ketamadunan.

Pensyarah menyambung dengan menceritakan isu-isu semasa di Malaysia. Isu anak luar nikah atau tanpa bapa yang dikatakan mencecah ratusan ribu, kes bayi kecil yang dicampak dari tingkat 15. Sejurus itu, beliau bertanya "Adakah Malaysia telah mencapai tamadun ?" Kelas menjawab "TIDAK".

Syarahannya membuka mindaku. Benar. Malaysia masih lagi belum mencapai ketamadunan kerana akhlak masyarakatnya yang masih rendah sehingga lahirnya begitu ramai anak luar nikah. Begitu banyak kes-kes rogol. Ayah yang sepatutnya melindungi anak perempuannya kini menjadikan anak perempuannya sebagai pemuas nafsu. Kes ragut terus berleluasa. Benar. Malaysia masih lagi bukan sebuah tamadun.

Setelah habis kelas itu, kami menuggu pula untuk kelas seterusnya hinggalah waktu rehat dan makan tengah hari tiba.

Seperti biasa, aku dan rakan-rakanku pergi ke kafe untuk makan tengah hari. Penuh. Kafe yang biasa kami pergi untuk memenuhkan perut yang meminta diisi itu sarat dengan pelajar dan staf universiti. Kami terpandang sekumpulan wanita yang baru selesai menikmati hidangan tengah hari mereka. Seorang demi seorang bersiap-siap untuk menghantar pinggan dan cawan yang mereka gunakan ke tempat yang sepatutnya. (Untuk pengetahuan, arahan untuk meletakkan sendiri pinggan-mangkuk yang telah digunakan ke tempat yang disediakan telah pun dikuatkuasakan. )

Setelah mereka semua beredar dari meja itu, aku terlihat satu pinggan di atas meja. Pinggan dan sisa nasi yang tidak habis. Tidak diangkat dan diletakkan ke tempat yang sepatutnya walau arahan telah dikuatkuasakan.

Bilakah agaknya Malaysia mampu menjadi sebuah tamadun. Aku bertanyakan diriku sendiri

P/S: Hebat jugak gua buat ayat acah-acah ayat novel ni


Tuesday, 4 December 2012

Kemaluan

Setelah sekian lamanya tiadalah hamba update blog ini. Terasa malam ini terbukalah hati hamba untuk meng-update.

Tiadanya hamba berupdate blog ini bukanlah kerana hamba sibuk melayan karenah dunia yang fana ini. Tapi kerana hamba ini tiadalah akal untuk mengupdate blog ini.

Blogger seharusnya kreatif dan inovatif tidaklah seperti hamba. Hamba ini sudahlah pemalas, tiada sifat kreatif pula itu. Kerana hamba bukanlah blogger yang sejati. Mungkin juga hamba ini tidak layak dipanggil blogger, hamba selayaknya dipanggil Acah-acah Blogger.

Hamba ini membuat blog ini hanyalah kerana mengikut rakan. Celakalah hamba kerana berbuat segala sesuatu kerana mengikut rakan. Rakan membuat facebook, hamba pun membuat facebook. Rakan membuat twitter, hamba pun membuat twitter. Rakan membuat blog, hamba pun membuat blog. Aduh, celakalah hamba ini.

Penggunaan kata ganti diri "hamba" ini adalah kerana malam ini hamba terasa ingin berseni. Kerananya hamba ini pencinta yang sejati , maka haruslah hamba berseni.

Maka tertutuplah kisah tentang hamba yang tidak mengupdate bloge kerana tiada akal yang kreatif ini.

Pada entri ini hamba hanya ingin menceritakan perihal kemaluan hamba. Maaf, maksud hamba perasaan malu hamba.

Perasaan malu hamba , hamba tujukan kepada blog ini. Ahhhh, apa yang hamba merepek ini ? Maksud hamba , perasaan malu ini adalah kerana memiliki blog ini. Ahhh, lebih tepat lagi perasaan malu ini adalah kerana hamba malu rakan-rakan hamba membaca blog ini.

Jam menunjukkan pukul 12 lebih (yalah, manalah hamba tahu waktu sebenar, yang hamba tahu lebih dari pukul 12) , ketikanya rakan-rakan hamba sedang nyenyak dibuai mimpi indah, seindah sakura. Tiba-tiba sahaja hati ini terpanggil untuk mengupdate blog ini. Maka inilah peluang keemasan hamba untuk mengupdate blog ini setelah sekian lamanya tiada berupdate. Maklumlah hamba ini malu kalau-kalau rakan hamba membaca blog ini, malu nanti ditertawakan pula !

Maka dengan seraya itu, hamba dengan berhati-hatinya membuka laman blog ini lalu memulakan aktiviti mengupdate. Sedang hamba asyik menulis entri ini, salah seorang rakan hamba datang ke bilik hamba untuk menunaikan solat.

Maka dengan perasaan takut dan sedikit gelabah (takut takut rakan itu membaca blog ini lalu mentertawakan hamba, jatuhlah air muka hamba nanti !),  hamba acah-acah membuka twitter.Tidak lama selepas itu, datang lagi seorang rakan hamba ke bilik hamba. Beliau datang ke bilik hamba hanyalah untuk mengganggu hamba !

Walau hamba dah acah-acah buka twitter, hamba tidak menutup tab untuk laman blog ini lagi rupanya ! Aduh, celakalah hamba, terkantoi dengan rakan hamba yang mengganggu itu. Maka seraya itu, rakan hamba pun mentertawakan hamba kerana blog hamba ini. Cis, memang jatuhlah air muka hamba masa itu.

Selepas beliau puas mentertawakan hamba, maka hamba berfikir sejenak. Sampai bila hamba harus malu terhadap mereka yang membaca blog hamba ? Bukankah memang itu tujuannya blog ? Untuk dibaca.

Maka dengan itu, hamba sematkan perasaan tidak malu walau rakan hamba yang membaca blog ini. Tidak malu untuk ditertawakan

Thursday, 26 July 2012

Antara Darjat

Uhuk uhuk *batuk* gila berhabuk dah blog ni woi ! Ehh gua lupa bagi salam pulak -.-

"Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia."

Uhuk uhuk *batuk lagi* haishhh. ni habuk blog ni punya pasal laa. Tu laa siapa suruh lama nak mati tak update kan ? Kan dah berhabuk
Okay , gua bukan saja - saja aja tak nak update blog ni , gua tak mampu !

Kenapa gua tak mampu ? Ada sebabnya u_u
Apa sebabnya ? Ehh kau , banyak soal pulak. tumbuk kau 3 kali kang baru tau.
Nak tau ke sebabnya ? Okaylahh gua bagitau, ni semua sebab Justin Bieber datang Malaysia.

Apa kene mengene Justin Bieber dan aku ? wahhh wahhh sesedap hati aku aje kan nak salahkan Bieber ni pulak u_u ermm ermmm dah laa tak ade alibi yang kukuh nak salahkan Bieber ni dia datang bulan berapa , gua tak update dari bulan berapa sampai bulan berapa

Ahhh ! Gua tak kira , gua nak salahkan Bieber jugak. Sorry laa Belieber , gua bukan benci Bieber ni , tp gua dah menyampah degan lagu baru beliau tu.
"Boyfriend - Justin Bieber"
Ya , korang perlu tahu yang lagu tu tak sedap pon u_u
Tapi kenapa lagu tu meletup-letup di corong radio ?
Gua tak tau bro. Tapi gua ada terbaca tulisan Professor Anas The Awesome.

" Lagu terbaru Justin Bieber langsung tak best, dah laa muzik nya hampehh , suara dia pulakkk adoyaiii . Liriknya ? Adoyyyyy . Senang cerita memang tak best lah. Tapi mengapa lagu ini terus meletup dan selalu dimainkan di corong radio? Ini disebabkan oleh , peminat peminat beliau yang berlambak di dunia ini. Peminat beliau lah yang membazir duit mengundi lagu beliau. Peminat yang terlalu fanatik sehinggakan lagu yang tak best pon dikatanya best. Dan saya sudah letih dengan perangai Belieber ini " - Professor Anas The Awesome.

Gua dah tak boleh cakap ape dah , kalau dah Professor sendiri yang cakap lagu tu tak best langsong. Beliau juga tidak menyukai Justin Bieber saya fikir.

Okay , stop pasal minah tu. Gua nak bercerita pasal diploma ni. Jauh lebih penting dari kisah artis-artis yang tak tutup aurat tu dude ! Okay , sebenarnya gua tak suka gunakan word 'artis' tu untuk pelakon mahupun penanyi ni. Tapi takpe , pasal tu gua akan bercerita di post yang akan datang.
Kembali pasal diploma tadi. Ohh, ramai ehh yang tak suka diploma , sampai ada parents yang tak bagi anak dia ambik diploma. Kesian anak depa.

Gua pon dipertikaikan sebab ambik diploma ni

" Asal tak apply asasi ? "

" Kenapa tak mintak matriks ? "

" Diploma ? Kenapa tak mintak asasi ke matriks ke ? "

" Tak apply matriks ke ? "

Itulah antara soalan - soalan cepumas yang ditujukan kepada gua. Haishh . Sampai gua tension dengan soalan - soalan yang ditujukan. Banyak betul yang dengki dengan gua sebab gua ambik diploma

Bro ! tak payah laa pandang hina diploma ni bro !

TAHUKAH KAMU ?

1. Pelajar lepasan diploma biasanya akan score dalam degree. Biasanyalahh , sebab apa yang student diploma belajar , lebih kurang aje time degree nanti. Mungkin jugak sama aja time degree nanti.

2. Pelajar diploma ada knowledge + skill. Dua dua ada dude ! Matriks ada ? Gua tak tau u_u

3. Diploma + degree = hotstuff. Yang gua maksudkan bukanlah hotstuff macam gua ni yang ramai perempuan terpikat , tapi hotstuff diorang ni ialah hot pada syarikat - syarikat. budak matriks + degree ? Susah dapat kerja dude. Tapi yang taknak kerja makan gaji tu fakta no 3 ni boleh diketepikan kot.

4. Pelajar diploma ni awesome macam gua, dah laa awesome cantik pulak tu. Ehh ?


Oleh itu , tuan / puan / cik / sayang(ehh?) yang dihormati sekalian , tak perlulah memandang diploma ni keji sangat. Even diploma ni nampak lama , tapi tak ada beza sangat pon duration macam budak matriks. Beza lebih kurang 1 tahun (maybe) dengan budak matriks yang nak ambik degree tu.

Dan bagi gua , better masuk form6 dari masuk matriks. Anda tak setuju ? Lantak engko lah

Ehhh ? Apaa kene mengena dengan tajuk post ni woi ?
"Antara Darjat"
Yeahh gua buat post ni sebab nak betulkan kesilapan parents di Malaysia ni.
Parents di Malaysia gua tengok ramai yang memandang rendah darjat diploma dan meninggi-ninggikan  darjat matriks.

Yeah seperti biasa , hasil nukilan gua memang tak best

Sekian sahaja untuk post kali ini.

Wassalam.




Saturday, 28 April 2012

Politik Malaysia

Assalamualaikum *greetings*

Anda sehat ? hahhh  ape ke hey nye gua nak tanya lu sehat ke tak , dah on computer baca blog gua dah boleh dikira sehat laa tuu. ok , entry kali ni gua nak bercerita pasal benda yang dah lama bermain di minda gua

POLITIK MALAYSIA YANG CILAKA

Ya , bende ni lah
Hey , untuk pengetahuan you all , I ni tak sokong mane mane parti k ?*dgan suara gedik dan annoying*
Gua nak berceloteh siket pasal kecilakaan politik di Malaysia ni

Gua mmg dok perati aje politik cilaka kat Malaysia ni
Ade ke patot nak banggakan demokrasi barat ini
Ape ke cilakanye politician ni

Demokrasi ni bagus ke ?
Entah la , yg gua perati selama ni , mcam cilaka aje demokrasi ni
Entah ape yg diorang nak bggekan pon aku taktau *sigh*

Apabila dah obses sgt ngan parti masing-masing ,
Warna - warni kehidupan pon dah tak nampak dah *muka serius*
Apa yg politician tu cakap sume percaya
Lahai cilakanya

Kenapa demokrasi ni gua perati macam cilaka aje ?
Ikutilah sebab asbabnye :-

1) Terang - teranganlah dah memecah - belahkan masyarakat bertuah bumi Malaysia ni. Ade puak pembangkang . Ade puak kerajaan . Puak awesome macam gua aje tak bingai , tak sokong dua-dua . eh ? Ape ke hey nye nak berpuak-puak ?

2) Kerajaan ngan Pembangkang , potpet potpet bergaduh perang mulut semua , last-last , masalah rakyat tak settle jugak *sigh*

3)  Menjelang hari raya , aidilfitri mulia ~ eh , ternyanyi pulak . Maksud gua , Menjelang pilihanraya , bendera bagai nak rak kelihatan dipandangan mata . Menyemak sebenarnya bendera bebanyak ni, sebenarnyalah . Bendera tu free ke kena pakai duit eh nak dapatkannya ? Kalau kene pakai duit , mesti bayak duit dah guna kan untuk bendera tu. Dari membazir beli bendera tu , baik bagi duit tu pada yang memerlukan :'(

4) Menjelang pilihan raya jugak , seboklah nak buat benda-benda baik , jalan diperbaiki , segala kerosakan seboklah time tu nak elokkan balik selama ni takde buat pulak . Nak nak pilihanraya baru buat benda alah tu semua

5) Menjelang pilihanraya jugak laa politicians ni sebok lahh nak beramah mesra bersama rakyat kononnya ,
then buat program libatkan politicians dengan rakyat , then masuk suratkhabar , internet , tv sume pasal politicians tuu buat program bersama rakyat .
" Wow , politician 'A' ni mmg bagus , baik , suka bermesra bla bla bla bla bla " begitulah kata kata seorang pengguna media massa selepas media menyiarkan kebaikan politician A .......... menjelang pilihanraya ....... sahaja

6) Ni yang paling sedih :'( Fitnah dan sihir berlaku tau sebab demokrasi cilaka ni . Fitnah tu memang tak payah cerita la banyaknya macam mana. semua dah obses kan dengan parti sendiri , sorang cakap sume percaya , memang cilaka .
Ade pulak sihir sihir orang tu , dah sampai meninggal orang tuu , memang puas laa hati beliau kan dapat sihir orang sampai mampus . Insaf laa

Inilah hakikat politik sampah di Malaysia
Ada lagi tu yg obses parti-parti politik ni -_-
Entah laa , maybe mereka disogok duit ? Gua tak tau laa !
Ke diorang ni noob  , gua dah cakap gua tak tau !

Akhir kata , jangan lah kalian obses sangat dengan parti parti politik ni .
Jangan lah mengundi atas dasar parti , undilah sebab calon tu boleh memimpin anda
Gua masih muda , ye gua tau , kaum muda mmg tak boleh beri pendapat eh?
Selekeh siak pikir camtu , gila ego

Ok lah , ni aje , gua banyak lagi nak berceloteh pasal politik ni , tapi ...
Erghhh , takpe laa , nanti kalau gua rase nak berceloteh pasal ni lagi , gua buat post baru .

Kahkahkah. Agak poyo jugak gua pada entri ini.
ASSALAM

Friday, 27 April 2012

Drama Melayu dan SInetron

Assalamualaikum ! hello ! *greetings*

Gua hari ni nak bercerita tentang drama Melayu yang sampah dan sinetron :')
Memang gua menyampah tengok drama-drama sampah gini.
Gaya cerita nak sama aje kan drama - drama sampah ni.
Nak tau ape yang samanya ? Ni haaaa :-

1) Orang Melayu mesti jadi bos kat company besar

2) Bercinta bagai nak rak , then parents mesti ade tak restu

3) Kalau parents restu pon , mesti ade orang yang dengki , iri hati dan yang sewaktu dengannya

4) Mulalah aktiviti - aktiviti cilaka si parents yg tak restu mahupun orang yang dengki dengan couple tersebut untuk pisahkan diorang.

5) Couple tersebut punya laa romantisnye , pegang tgan , peluk-peluk bagai (hoi , belum kawen lg kot!)

6) Retisnya laa paling cilaka awak ye dak , pakai seksi-seksi . Perghhhh , mu kenapa , ade yang pkai skirt lagi , pakai baju nampak alur di dada lagi . (hoi ! ni cter porno ke drama hah ? nak tiru retis omputih la tu)

7) Heroinnye konon tabah macam cilaka , bila ade yg pedajal dia , dia diamkan aje , dia tak nak bagitau orang lain , biarlah diri sendiri yg menanggungnya . Alahai cilaka nya. Lepas tu menangis-nangis  jugak . Celaka, celaka. Memang celaka.

8) Ape entah nilai moralnye gua pon tak tau , yg gua nampak , diorang bercinta- bercinta. Taknak dengar cakap parents . Lepas tu pedajal orang , cilaka drama sampah ni


Huhhh , no wonder laa kan banyak orang buang bayi zaman ni. diorang dah tengok porno a.k.a drama sampah ni dari kecik lagi. Baik tengok Naruto aje cenggini , lagi banyak nilai moral kan