Sunday, 26 January 2014

Masa depan

Masa balik hari tu, abah tegur pasal uban aku. Abah cakap aku guna banyak syampu. Aku fikir abah maksudkan aku kerap syampu kepala aku, rupanya abah maksudkan aku guna banyak jenis syampu. Hok aloh, mana ada aku guna banyak syampu, syampu pantene tu jelah aku guna. Abah tambah lagi.

"Kadang-kadang, uban tumbuh cepat ni pasal fikiran kita lebih tua dari badan kita"

Aku diam sekejap. Aku fikirkan kata-kata abah tadi. Aku ni memang banyak berfikir. Dari masalah politik dunia, sampai lah masalah ekonomi kangkung di Malaysia. Semua aku fikirkan. Tak terkecuali aku memikirkan pasal masa depan aku.  Aku nak kerja apa lepas aku habis belajar ni ?

Masa sekolah rendah cikgu ada tanya pasal cita-cita pada satu kelas. Sampai giliran aku, aku cakaplah aku nak jadi jurutera (masa kecik mana pandai cakap engineer ni). kenapa aku nak jadi jurutera masa kecik dulu ? Pasal aku dengar gaji dia mahal, jurutera tu semua kaya-kaya. Lagi satu, pasal cita-cita jurutera tu lain daripada yang lain. Balik-balik nak jadi polis, bomba, askar, doktor, cikgu. Hak alah, tak berfikiran luas langsung engkorang masa tu. Tapi tu semua masa sekolah rendah lah, dah masuk uni ambik engineering ni baru aku tau aku tak dilahirkan untuk ambik engineering...

Jadi, bila aku dah tau yang potensi aku untuk menjadi seorang engineer berkaliber adalah sangat rendah, aku cuba memikirkan balik soal kerja yang aku nak buat lepas belajar nanti. Memandangkan aku pernah kerja sebagai promoter dekat satu kedai baju tu, aku tolak mentah-mentah kerja promoter tu untuk aku buat lepas habis belajar. Dah lah penat, gaji sikit, kerja tak best pulak tu.

Jadi aku terus ke pemikiran seterusnya. Terlintas dek pemikiran aku untuk jadi petani, eloklah tu, abah ada kebun, boleh lah aku usahakan kebun tu. Kahkah ! Ini semua pengaruh Harvest Moon. Aku masa sekolah dulu siap bercucuk tanam lagi pasal pengaruh game ni. Engkorang tau ke game Harvest Moon ni ? Kalau tak tau diam.

Fikir punya fikir, terlintas lah dalam kepala otak aku ni nak jadi penulis. Yeah seniman dalam bidang penulisan. Namun, aku tau aku tak layak. Dah lah Bahasa Melayu tak A+. kepala otak sentiasa kosong tak ada idea. Engkorang boleh lah selak balik entri yang tu. Deep pekebenda, macam anjing tulis surat ada lah, aku baca balik pun naik menyampah.

Dalam banyak-banyak kerja, kerja cikgu lah yang mak aku paling suka rekemen pada aku. Ceh, tau mak aku cikgu, nak hasut aku sama jadi cikgu pulak. Aku tau kerja cikgu ni kerja mulia, tapi aku mana reti nak ajar orang, tambah pulak budak-budak zaman sekarang makin ganas dan tak waras. Maunya aku masuk penjara sebab tak reti nak mengajar. Kerja cikgu ni, sejak aku lahir aku dah tolak awal-awal.

Dah puas berfikir, barulah aku tau matlamat aku yang sebenar. Aku nak jadi orang yang happy Jadi, aku akan berkerja sebagai seorang penganggur. Sesuai dengan sifat kemalasan aku yang melampau. tade gaji pun tak apa, asalkan happy. Duit bukan lah segala-galanya

NOTA: 
  1. Aku tau abah nak puji aku pasal kematangan akal fikiran aku. kahkah !
  2. Serius shit. Kalau aku berhenti engineering ni maybe aku ambik perguruan.
  3. Esok aku mau jalan ke Penang. Makan pasembor hoi !


Saturday, 25 January 2014

Minggu yang fun

Masa engkorang tengah baca entri ni , aku sedang membebaskan diri selama 1 minggu dari kebangangan wifi kolej. Yeah aku tengah cuti mid sem. Pagi-pagi aku tak payah rushing pergi kelas menghadapa kuliah yang membosankan. Cuti memang lah fun, tapi kau tau apa yang lagi fun ? Minggu sebelum cuti.

Minggu sebelum cuti. Rabu
Hari ni aku ada 2 test. CAD dengan Islamic Institution ( I.I ). Tak tau CAD tu apa ? Pergi tanya incik Google. Malam sebelum ni aku relaks aje tak study, pasal aku rasa aku dah cukup k-pop dan hensem untuk menjawab soalan CAD sama I.I ni.

Pagi tu aku lambat macam biasa, aku pergi kampus, dengan Amar dengan Yoe, macam biasa. Cilakak dekat Uni ada yang selambat aku rupanya. Masa dekat sekolah dulu mana ada member nak pergi kelas sama-sama pasal aku lah yang paling sekali amat lambat. Dah lambat tu mana sempat nak sarapan, perut aku kosong, kitorang terus masuk kelas nak ambik test CAD.

Cilakak. Aku fikir boleh makan test CAD ni, rupanya test ni memerlukan kerja gigih pelajar membuat latihan. Practice make perfect orang Melayu cakap. Sudahnya aku keluar dari kelas tu dengan perasaan bangang dan terus pergi lunch.Petang tu pulak ada test I.I. Fuh punyalah senang test tu. Aku rasa aku tak ada bakat jadi engineer, aku ada bakat jadi ustaz gamaknya.

Minggu sebelum cuti. Khamis
Malam tu aku dah start study. Stay up sampai pukul 5 lah innadey purenggek. Ni semua gara-gara ada test Structure and Machine yang cam haram tu. Pagi tu aku dah bajet nak ponteng kelas Keusahawanan atau nama jawanya Entrepreneurship tu. Sesedap aku tengah berseronok tidur memonteng kelas, datang mesej dekat whatsapp group kelas, kata lecturer Entrepreneurship tu nak buat kuiz hari ni. Pulak dah, cakap nak buat kuiz lepas cuti. Kelas pukul 9, aku start mandi pukul 9.45 boik punyo, 

Cerita dia memang aku sampai kelas pukul 10.30. Nasib baik kuiz boleh jawab. Hebat tak aku ? Tak study untuk kuiz ni, datang lambat pulak tu, tapi boleh jawab. Sememangnya aku ni kpop dan hensem. Aku bersiap pulak nak pergi ambik test Structure and Machine tu. Fuh, soalan dia memang mencabar akal dan minda sampai aku pun tak tau apa yang aku study sampai pukul 5 tadi. Mood aku makin tak menentu. orang nak cuti ni, lagi dia nak sibuk buat test kuiz apa semua. Petang tu aku ada retest Programmable Logic Controller (PLC) pulak duhhh. Mood aku makin hyper dan  kepala otak

Minggu sebelum cuti. Jumaat
Khamis malam Jumaat, aku macam biasa, ke surau (okay ini tipu). Aku relaks sikit malam tu siap boleh karaoke lagu Amuk dekat bilik member aku. Lepas tu boleh bantai makan burger bakar abang burn rileks aje. Pagi Jumaat tu aku ada kuiz tapi aku rileks aje, pasal kuiz dan hari Jumaat dah macam Buletin Utama dengan penipuan, tak dapat dipisahkan. Macam biasa, aku datang lambat ambik kuiz pasal aku k-pop dan hensem. Dah tak study, ceritanya memang tak dapat jawab kuiz lah !

Banyak betul set soalan aku kena jawab sebelum cuti ni, ini nama dia kepala otak.