Malam itu agak dingin. Angin kipas bilikku di kolej bertiup hingga ke tulang sum-sum. Aku keseorangan di bilik itu. Rakan sebilikku yang sedari tadi keluar tidak pulang lagi ke kolej. Tiba-tiba aku mendengar sesuatu yang aneh. "Cing! Cing! Cing!" bunyinya. Seram ? Gusar ? Takut ?
Tidak. Diriku berang. Berang kerana apa ? Kerana bunyi itu telah mengganggu kosentrasi aku untuk melayari internet. Bunyi yang aneh dan menjengkelkan itu rupanya datang dari salah satu lampu dibilikku. Lampu itu kelihatannya berkelip-kelip, tidak menyala seperti biasa. "Huh, kalau orang lain, pasti sudah takut keseorangan bertemankan lampu yang tidak normal ini" kata hatiku dengan angkuh dan gagah.
Aku bangun dari tempat duduk dengan perasaan yang angkuh dan gagah, untuk memetulkan lampu itu. Maklumlah, aku pelajar jurusan kejuruteraan elektrik, hal yang kecil begini bagai memakan kacang sahaja bagiku. Amboi, begitu angkuh fikiranku masa itu.
Aku menolak kerusi pergi berdekatan dengan lampu rosak itu. Maklumlah, lampu itu tinggi letaknya. Mustahil bagiku untuk mencapai dan membaikinya tanpa bantuan kerusi. Lalu, dengan perasaan yang glamour dan cemerlang, aku menaiki kerusi dan mencapai lampu itu.
Aku membuka tiub lampu itu perlahan-lahan, lalu aku masukkan semula tiub itu. Tidak, lampu itu masih tidak menyala secara normal. Lampu itu masih berkelip-kelip ! Hatiku bertambah berang ! Tetapi, hanya hatiku yang berang, diriku masih relax dan hebat.
Aku mencuba memusing-musingkan tiub lampu itu. Aku terus memusingkannya sehinggalah pada satu saat di mana diriku ini berputus asa. Lampu itu masih juga tiada menyalanya secara normal. Lalu, aku terdengar suatu bisikan. Aku cuba mendengar sebaik yang mungkin.
"Poyolah engko" bisik hatiku. Baru kusedari, diri ini sememangnya poyo dan acah-acah hebat. Aku turun dari kerusi dan memadamkan suis lampu itu. Aku kembali ke hadapan komputer, kembali melayari internet.