So hari ni hari last dalam tahun 2012. So, what's so special ? Sebab esok bermulanya hari baru dalam tahun yang baru ? Ah ! I don't feel it dude ! Tahun Baru ? Tahun Baru di kalendar ?
Oh, dulu masa gua sekolah dulu, engkorang tau aku suka bulan apa ? Disember dude. Disember. Bulan 12. Holiday yang sejati ialah pada bulan 12 . Pergh masa tu, bulan 12 lah bulan yang paling gua nantikan. Tak ada sekolah, tak ada sekolah dan tak ada sekolah ! The whole December, tak ada sekoah ! Sebab tu gua panggil bulan 12 sebagai holiday yang sejati.
Tapi sekarang dah berubah, gua dah 18, belajar dekat U, bukan dekat sekolah lagi. Bila belajar dekat U ni, bulan 12 bukan lagi holiday yang sejati. Bulan 12 sama saja macam bulan-bulan yang lain, bangun awal pagi, datang kelas, belajar, assignments, homework. Ya, bulan yang normal, tak ada yang spesial pun.
Jadi bila sampai ke penghujung bulan yang pernah aku cinta ni, dia orang semua sibuk cakap pasal tahun baru.
Masa sekolah dulu, tahun baru gua bermaksud tahun yang baru untuk sesi persekolahan. Yeah, selepas tamatnya, sesi holiday yang sejati pada bulan 12, maka pada bulan 1 pula ialah sesi persekolahan pada tahun yang baru. Bila nak dekat tahun baru ni, sibuklah kita nak beli barang-barang sekolah. Kasut sekolah, baju sekolah, seluar sekolah, pensel sekolah, pen sekolah dan macam-macam lagilah untuk persiapan sekolah.
Tapi sekarang dah berubah, gua dah 18, belajar di U, bukan di sekolah lagi. Belajar di U ni gua dah tak rasa tahun baru kalendar Masihi tu. Semester baru dah mula pun sebelum tahun baru kalendar masihi tu. Tak ada yang spesial. Semua normal, tak ada shopping untuk tahun baru, tak ada kasut baru, tak ada baju baru, tak ada pensel baru. Tak ada.
Even if I hate it but... This is life, it's goes on.
Monday, 31 December 2012
Saturday, 8 December 2012
Gua Sebagai Tourist Guide
Cuaca pada petang itu sungguh baik. Gua dengan handsomenya turun dari bas Tanjong Malim-Kuala Lumpur itu. Pasar Seni. Akhirnya gua sampai di Pasar Seni. Petang itu gua harus pulang ke kolej. Ya, gua perlu menaiki LRT untuk ke destinasi.
Lepas gua turun dari bas, gua segera pergi ke stesyen LRT Pasar Seni untuk mendapatkan tren ke Masjid Jamek. Sedang dalam perjalanan menuju ke stesyen itu, gua teringat sesuatu. Serasa gua, mak gua pernah cakap yang Pasar Seni tu dekat aje dengan Masjid Jamek, jalan kaki pun boleh.
Tapi gua tak tau jalan nak pergi Masjid Jamek tu. Yang gua tau, naik aje tren , sampailah Masjid Jamek. Walaupun gua tak tau jalan, gua dengan machonya tetap berjalan kaki untuk ke Masjid Jamek. Gua dengan bangang dan berlagaknya tak nak tanya jalan untuk ke Masjid Jamek. Ya, gua tau gua awesome, sebab tu gua taknak tanya.
Dengan handsomenya gua berjalan. Penuh yakin. Menuju ke Masjid Jamek.
Setelah beberapa langkah gua berjalan mengikut hati yang suci murni ini, gua disapa oleh satu suara.
"Hello, can you tell me where is National Mousque ?" aweks omputih berbaju t-shirt lengan pendek dan berseluar pendek hingga menampakkan pehanya yang besar dan gebu bertanyakan gua. Sungguh seksi dan seksa. Bersamanya seorang lagi aweks omputeh berpakaian sama. Mungkin kawannya.
Saat itu gua tahu. Gua tahu dia dan kawannya cuba mengurat gua ! Cis ! Ini yang gua tak suka ni ! Gua paling pantang kalau ada orang mengurat gua !
Tapi gua relax, gua tahu kemarahan tidak menyelesaikan apa-apa.
"Sorry, I don't know" dengan relax nya gua menjawab persoalan aweks tadi sambil tersenyum. Secara tidak langsung gua menolak penguratan aweks aweks tadi. Dda dengan handsomenya gua teruskan perjalanan, meninggalkan aweks aweks tadi. Huh, lain kali jangan cuba nak mengurat gua lagi.
Setelah beberapa langkah menuju ke Masjid Jamek (walaupun gua tak tau jalan nak pergi Masjid jamek), gua disapa lagi. Banyak betul yang rajin menyapa gua hari itu.Kali ini gua disapa oleh seorang foreigner yang berhijab. Sempurna menutup auratnya pada pandangan gua. Dia bersama ramai lagi pelancong asing. Keluarganya mungkin.
"Can you tell me where is the Central Market ?" wanita yang agak berusia itu bertanya.
Saat itu gua tahu yang dia tidak berniat untuk mengurat gua. Hati gua senang. Lalu dengan muka yang tersenyum gua menjawab "Yes. This way" sambil gua berjalan menunjukkan tempat itu kepada mereka.
Setelah mereka berterima kasih dan gua membalas kasih mereka, gua pun meneruskan perjalanan gua. Handsome jugak perangai gua pada pelancong luar ni.
Perjalanan ke Masjid Jamek gua teruskan dengan menaiki LRT. Yalah, kalau gua terus jalan kaki nanti sesat pulak sebab tak tau jalan.
P/S: Mana gua tahu jalan-jalan kat KL ni. Nasib aje gua tahu Central Market tu

Thursday, 6 December 2012
Tamadun
Jam menunjukkan pukul 9.30 pagi, pensyarah yang ditunggu sampai dengan jayanya. Pagi itu, kelas TITAS. Tamadun Islam dan Tamadun Asia.
Pensyarah memulakan syarahannya dengan memperkenalkan subjek ini. Beliau menceritakan bahawasanya subjek TITAS ini tidaklah sama dengan subjek sejarah. Tapi bagi diriku ini, sama sahajalah sejarah dan TITAS ini, masing-masing perlu menghafal ! Diri ini ingin membantah kata-kata pensyarah itu, namun dengan sifat pencinta yang sejati, aku hanya simpankan bantahan itu di dalam hati.
Syarahan diteruskan dengan tajuk Pengenalan Ilmu Ketamadunan. Dalam tajuk ini, definisi "Tamadun" itu sendiri sudah boleh memenuhkan 10 muka surat buku TITAS itu. Hatiku tabah.
Aku tertarik pada syarahannya yang menceritakan definisi tamadun mengikut perspektif sarjana Muslim. Menurut pandangan sarjana Muslim, tamadun tidak hanya berdasarkan pencapaian lahiriah, tamadun juga dicapai apabila masyarakat memiliki nilai-nilai akhlak insaniah dan mempunyai kemajuan pemikiran. maka, ketiga-tiga aspek inilah yang menggambarkan erti sebenar ketamadunan.
Pensyarah menyambung dengan menceritakan isu-isu semasa di Malaysia. Isu anak luar nikah atau tanpa bapa yang dikatakan mencecah ratusan ribu, kes bayi kecil yang dicampak dari tingkat 15. Sejurus itu, beliau bertanya "Adakah Malaysia telah mencapai tamadun ?" Kelas menjawab "TIDAK".
Syarahannya membuka mindaku. Benar. Malaysia masih lagi belum mencapai ketamadunan kerana akhlak masyarakatnya yang masih rendah sehingga lahirnya begitu ramai anak luar nikah. Begitu banyak kes-kes rogol. Ayah yang sepatutnya melindungi anak perempuannya kini menjadikan anak perempuannya sebagai pemuas nafsu. Kes ragut terus berleluasa. Benar. Malaysia masih lagi bukan sebuah tamadun.
Setelah habis kelas itu, kami menuggu pula untuk kelas seterusnya hinggalah waktu rehat dan makan tengah hari tiba.
Seperti biasa, aku dan rakan-rakanku pergi ke kafe untuk makan tengah hari. Penuh. Kafe yang biasa kami pergi untuk memenuhkan perut yang meminta diisi itu sarat dengan pelajar dan staf universiti. Kami terpandang sekumpulan wanita yang baru selesai menikmati hidangan tengah hari mereka. Seorang demi seorang bersiap-siap untuk menghantar pinggan dan cawan yang mereka gunakan ke tempat yang sepatutnya. (Untuk pengetahuan, arahan untuk meletakkan sendiri pinggan-mangkuk yang telah digunakan ke tempat yang disediakan telah pun dikuatkuasakan. )
Setelah mereka semua beredar dari meja itu, aku terlihat satu pinggan di atas meja. Pinggan dan sisa nasi yang tidak habis. Tidak diangkat dan diletakkan ke tempat yang sepatutnya walau arahan telah dikuatkuasakan.
Bilakah agaknya Malaysia mampu menjadi sebuah tamadun. Aku bertanyakan diriku sendiri
P/S: Hebat jugak gua buat ayat acah-acah ayat novel ni

Tuesday, 4 December 2012
Kemaluan
Setelah sekian lamanya tiadalah hamba update blog ini. Terasa malam ini terbukalah hati hamba untuk meng-update.
Tiadanya hamba berupdate blog ini bukanlah kerana hamba sibuk melayan karenah dunia yang fana ini. Tapi kerana hamba ini tiadalah akal untuk mengupdate blog ini.
Blogger seharusnya kreatif dan inovatif tidaklah seperti hamba. Hamba ini sudahlah pemalas, tiada sifat kreatif pula itu. Kerana hamba bukanlah blogger yang sejati. Mungkin juga hamba ini tidak layak dipanggil blogger, hamba selayaknya dipanggil Acah-acah Blogger.
Hamba ini membuat blog ini hanyalah kerana mengikut rakan. Celakalah hamba kerana berbuat segala sesuatu kerana mengikut rakan. Rakan membuat facebook, hamba pun membuat facebook. Rakan membuat twitter, hamba pun membuat twitter. Rakan membuat blog, hamba pun membuat blog. Aduh, celakalah hamba ini.
Penggunaan kata ganti diri "hamba" ini adalah kerana malam ini hamba terasa ingin berseni. Kerananya hamba ini pencinta yang sejati , maka haruslah hamba berseni.
Maka tertutuplah kisah tentang hamba yang tidak mengupdate bloge kerana tiada akal yang kreatif ini.
Pada entri ini hamba hanya ingin menceritakan perihal kemaluan hamba. Maaf, maksud hamba perasaan malu hamba.
Perasaan malu hamba , hamba tujukan kepada blog ini. Ahhhh, apa yang hamba merepek ini ? Maksud hamba , perasaan malu ini adalah kerana memiliki blog ini. Ahhh, lebih tepat lagi perasaan malu ini adalah kerana hamba malu rakan-rakan hamba membaca blog ini.
Jam menunjukkan pukul 12 lebih (yalah, manalah hamba tahu waktu sebenar, yang hamba tahu lebih dari pukul 12) , ketikanya rakan-rakan hamba sedang nyenyak dibuai mimpi indah, seindah sakura. Tiba-tiba sahaja hati ini terpanggil untuk mengupdate blog ini. Maka inilah peluang keemasan hamba untuk mengupdate blog ini setelah sekian lamanya tiada berupdate. Maklumlah hamba ini malu kalau-kalau rakan hamba membaca blog ini, malu nanti ditertawakan pula !
Maka dengan seraya itu, hamba dengan berhati-hatinya membuka laman blog ini lalu memulakan aktiviti mengupdate. Sedang hamba asyik menulis entri ini, salah seorang rakan hamba datang ke bilik hamba untuk menunaikan solat.
Maka dengan perasaan takut dan sedikit gelabah (takut takut rakan itu membaca blog ini lalu mentertawakan hamba, jatuhlah air muka hamba nanti !), hamba acah-acah membuka twitter.Tidak lama selepas itu, datang lagi seorang rakan hamba ke bilik hamba. Beliau datang ke bilik hamba hanyalah untuk mengganggu hamba !
Walau hamba dah acah-acah buka twitter, hamba tidak menutup tab untuk laman blog ini lagi rupanya ! Aduh, celakalah hamba, terkantoi dengan rakan hamba yang mengganggu itu. Maka seraya itu, rakan hamba pun mentertawakan hamba kerana blog hamba ini. Cis, memang jatuhlah air muka hamba masa itu.
Selepas beliau puas mentertawakan hamba, maka hamba berfikir sejenak. Sampai bila hamba harus malu terhadap mereka yang membaca blog hamba ? Bukankah memang itu tujuannya blog ? Untuk dibaca.
Maka dengan itu, hamba sematkan perasaan tidak malu walau rakan hamba yang membaca blog ini. Tidak malu untuk ditertawakan

Subscribe to:
Comments (Atom)