Tuesday, 4 December 2012

Kemaluan

Setelah sekian lamanya tiadalah hamba update blog ini. Terasa malam ini terbukalah hati hamba untuk meng-update.

Tiadanya hamba berupdate blog ini bukanlah kerana hamba sibuk melayan karenah dunia yang fana ini. Tapi kerana hamba ini tiadalah akal untuk mengupdate blog ini.

Blogger seharusnya kreatif dan inovatif tidaklah seperti hamba. Hamba ini sudahlah pemalas, tiada sifat kreatif pula itu. Kerana hamba bukanlah blogger yang sejati. Mungkin juga hamba ini tidak layak dipanggil blogger, hamba selayaknya dipanggil Acah-acah Blogger.

Hamba ini membuat blog ini hanyalah kerana mengikut rakan. Celakalah hamba kerana berbuat segala sesuatu kerana mengikut rakan. Rakan membuat facebook, hamba pun membuat facebook. Rakan membuat twitter, hamba pun membuat twitter. Rakan membuat blog, hamba pun membuat blog. Aduh, celakalah hamba ini.

Penggunaan kata ganti diri "hamba" ini adalah kerana malam ini hamba terasa ingin berseni. Kerananya hamba ini pencinta yang sejati , maka haruslah hamba berseni.

Maka tertutuplah kisah tentang hamba yang tidak mengupdate bloge kerana tiada akal yang kreatif ini.

Pada entri ini hamba hanya ingin menceritakan perihal kemaluan hamba. Maaf, maksud hamba perasaan malu hamba.

Perasaan malu hamba , hamba tujukan kepada blog ini. Ahhhh, apa yang hamba merepek ini ? Maksud hamba , perasaan malu ini adalah kerana memiliki blog ini. Ahhh, lebih tepat lagi perasaan malu ini adalah kerana hamba malu rakan-rakan hamba membaca blog ini.

Jam menunjukkan pukul 12 lebih (yalah, manalah hamba tahu waktu sebenar, yang hamba tahu lebih dari pukul 12) , ketikanya rakan-rakan hamba sedang nyenyak dibuai mimpi indah, seindah sakura. Tiba-tiba sahaja hati ini terpanggil untuk mengupdate blog ini. Maka inilah peluang keemasan hamba untuk mengupdate blog ini setelah sekian lamanya tiada berupdate. Maklumlah hamba ini malu kalau-kalau rakan hamba membaca blog ini, malu nanti ditertawakan pula !

Maka dengan seraya itu, hamba dengan berhati-hatinya membuka laman blog ini lalu memulakan aktiviti mengupdate. Sedang hamba asyik menulis entri ini, salah seorang rakan hamba datang ke bilik hamba untuk menunaikan solat.

Maka dengan perasaan takut dan sedikit gelabah (takut takut rakan itu membaca blog ini lalu mentertawakan hamba, jatuhlah air muka hamba nanti !),  hamba acah-acah membuka twitter.Tidak lama selepas itu, datang lagi seorang rakan hamba ke bilik hamba. Beliau datang ke bilik hamba hanyalah untuk mengganggu hamba !

Walau hamba dah acah-acah buka twitter, hamba tidak menutup tab untuk laman blog ini lagi rupanya ! Aduh, celakalah hamba, terkantoi dengan rakan hamba yang mengganggu itu. Maka seraya itu, rakan hamba pun mentertawakan hamba kerana blog hamba ini. Cis, memang jatuhlah air muka hamba masa itu.

Selepas beliau puas mentertawakan hamba, maka hamba berfikir sejenak. Sampai bila hamba harus malu terhadap mereka yang membaca blog hamba ? Bukankah memang itu tujuannya blog ? Untuk dibaca.

Maka dengan itu, hamba sematkan perasaan tidak malu walau rakan hamba yang membaca blog ini. Tidak malu untuk ditertawakan

No comments:

Post a Comment