Thursday, 6 December 2012

Tamadun

Jam menunjukkan pukul 9.30 pagi, pensyarah yang ditunggu sampai dengan jayanya. Pagi itu, kelas TITAS. Tamadun Islam dan Tamadun Asia.

Pensyarah memulakan syarahannya dengan memperkenalkan subjek ini. Beliau menceritakan bahawasanya subjek TITAS ini tidaklah sama dengan subjek sejarah. Tapi bagi diriku ini, sama sahajalah sejarah dan TITAS ini, masing-masing perlu menghafal ! Diri ini ingin membantah kata-kata pensyarah itu, namun dengan sifat pencinta yang sejati, aku hanya simpankan bantahan itu di dalam hati.

Syarahan diteruskan dengan tajuk Pengenalan Ilmu Ketamadunan. Dalam tajuk ini, definisi "Tamadun" itu sendiri sudah boleh memenuhkan 10 muka surat buku TITAS itu. Hatiku tabah.

Aku tertarik pada syarahannya yang menceritakan definisi tamadun mengikut perspektif sarjana Muslim. Menurut pandangan sarjana Muslim, tamadun tidak hanya berdasarkan pencapaian lahiriah, tamadun juga dicapai apabila masyarakat memiliki nilai-nilai akhlak insaniah dan mempunyai kemajuan pemikiran. maka, ketiga-tiga aspek inilah yang menggambarkan erti sebenar ketamadunan.

Pensyarah menyambung dengan menceritakan isu-isu semasa di Malaysia. Isu anak luar nikah atau tanpa bapa yang dikatakan mencecah ratusan ribu, kes bayi kecil yang dicampak dari tingkat 15. Sejurus itu, beliau bertanya "Adakah Malaysia telah mencapai tamadun ?" Kelas menjawab "TIDAK".

Syarahannya membuka mindaku. Benar. Malaysia masih lagi belum mencapai ketamadunan kerana akhlak masyarakatnya yang masih rendah sehingga lahirnya begitu ramai anak luar nikah. Begitu banyak kes-kes rogol. Ayah yang sepatutnya melindungi anak perempuannya kini menjadikan anak perempuannya sebagai pemuas nafsu. Kes ragut terus berleluasa. Benar. Malaysia masih lagi bukan sebuah tamadun.

Setelah habis kelas itu, kami menuggu pula untuk kelas seterusnya hinggalah waktu rehat dan makan tengah hari tiba.

Seperti biasa, aku dan rakan-rakanku pergi ke kafe untuk makan tengah hari. Penuh. Kafe yang biasa kami pergi untuk memenuhkan perut yang meminta diisi itu sarat dengan pelajar dan staf universiti. Kami terpandang sekumpulan wanita yang baru selesai menikmati hidangan tengah hari mereka. Seorang demi seorang bersiap-siap untuk menghantar pinggan dan cawan yang mereka gunakan ke tempat yang sepatutnya. (Untuk pengetahuan, arahan untuk meletakkan sendiri pinggan-mangkuk yang telah digunakan ke tempat yang disediakan telah pun dikuatkuasakan. )

Setelah mereka semua beredar dari meja itu, aku terlihat satu pinggan di atas meja. Pinggan dan sisa nasi yang tidak habis. Tidak diangkat dan diletakkan ke tempat yang sepatutnya walau arahan telah dikuatkuasakan.

Bilakah agaknya Malaysia mampu menjadi sebuah tamadun. Aku bertanyakan diriku sendiri

P/S: Hebat jugak gua buat ayat acah-acah ayat novel ni


2 comments:

  1. Sasterawan negara is hereee :D Teruskan menulis. Semoga maju jaya sahabat :)

    *ayat acah2 kiyut hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, sayalah bakal sasterawan negara. Cis ! Kiyut punya ayat

      Delete